Ikan emas jalani pembedahan buang tumor
LONDON - Seekor ikan emas seberat hanya 1 gram menjadi pesakit paling kecil menjalani pembedahan di United Kingdom (UK) selepas doktor haiwan berjaya mengeluarkan tumor dari perutnya.
Ikan diberi nama Molly itu dikejarkan ke hospital selepas pemiliknya mengesan satu ketulan besar di bahagian perut haiwan peliharaan mereka.
Doktor di Klinik Haiwan Highscoft di Bristol mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkan ketumbuhan terbabit.
Menurut doktor yang biasanya menjalankan pembedahan ke atas haiwan seperti iguana, ular dan buaya berkata, ikan emas adalah haiwan terkecil yang penah dibedah setakat ini.
Pembedahan dengan kos kurang 100 pound (RM521) itu berjaya dan Molly dibenarkan pulang ke rumah tuannya pada hari sama. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!