Malaysia catat IPU pencemaran udara ketiga tertinggi dunia

Malaysia mencatat bacaan IPU 271 berdasarkan World Air Quality Index (WAQI)
Malaysia mencatat bacaan IPU 271 berdasarkan World Air Quality Index (WAQI)
A
A
A

SHAH ALAM - Disebabkan jerebu yang melanda negara, Malaysia menduduki tangga ketiga di dunia dalam senarai negara yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi selepas Iran dan Indonesia.

Berdasarkan cerapan IPU oleh World Air Quality Index (WAQI) pada 8.27 pagi tadi, Malaysia mencatat bacaan IPU 271 manakala Iran (385) dan Indonesia (303).

Bagaimanapun, bacaan IPU mengikut negeri semakin reda hari ini setakat jam 8 pagi memandangkan tiada satu lokasi yang mencatatkan bacaan IPU melepasi tahap berbahaya.

Secara keseluruhan, enam kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu dan Sarikei di Sarawak serta Balik Pulau di Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: 2,459 sekolah ditutup esok

Jerebu bertambah buruk: JAS

Hari ini, sebanyak 2,459 sekolah membabitkan jumlah pelajar hampir mencecah angka 2 juta di lapan negeri termasuk di Sarawak ditutup.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan tidak rasminya malam tadi berkata, penutupan membabitkan 911,874 pelajar di 939 sekolah di Selangor, serta 243,972 pelajar daripada 399 sekolah di Pulau Pinang.

Selain itu katanya, sebanyak 296 sekolah membabitkan 217,657 pelajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pelajar daripada 250 sekolah di Perak membabitkan 63,782 pelajar turut ditutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah di Pulau Pinang, Putrajaya, KL, Selangor ditutup hingga Jumaat

Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!