Arab Saudi tunjuk bukti serpihan dron serangan fasiliti Aramco

Kementerian Pertahanan menunjukkan jumlah dron dan peluru berpandu yang mengenai sasaran di dua lokasi loji pengeluaran minyak Aramco Sabtu lalu.
Kementerian Pertahanan menunjukkan jumlah dron dan peluru berpandu yang mengenai sasaran di dua lokasi loji pengeluaran minyak Aramco Sabtu lalu.
A
A
A

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi mempamerkan dron dan peluru berpandu Iran yang didakwa digunakan dalam serangan ke atas fasiliti minyak Saudi Aramco di Abqaiq dan Khurais hujung minggu lalu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Kolonel Turki Al-Maliki berkata, serangan itu tidak syak lagi ditaja Iran tetapi siasatan masih dijalankan untuk memastikan lokasi pelancaran dengan tepat.

Bagaimanapun, beliau berkata serangan datang dari utara sasaran dan bukan dari Yemen, seperti didakwa pemberontak Houthi Sabtu lalu.

Beliau berkata, ketepatan impak peluru berpandu menunjukkan kemampuan jauh lebih maju daripada dimiliki proksi Iran.

“Arah lokasi sasaran menunjukkan arah perjalanan utara ke selatan,” katanya.

Lapan belas dron dan tiga peluru berpandu dilancarkan ke atas lokasi kemudahan memproses minyak terbesar dunia, Abqaiq, tetapi peluru berpandu tidak menepati sasaran.

Empat lagi peluru berpandu menyasar loji minyak Khurais.

Katanya, peluru berpandu Ya Ali, dengan jarak 700 kilometer, diketahui digunakan Pengawal Revolusi Iran.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, duta Arab Saudi ke London berkata, Iran hampir pasti mendalangi serangan ke atas kemudahan memproses dan loji minyak yang mengurangkan separuh daripada pengeluaran minyak negara itu.

Amerika Syarikat menyalahkan Iran di atas serangan itu.

Teheran menafikan dakwaan itu dan menuduh ia sebagai propaganda memburuk-burukkan Iran. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!