KPDNHEP pantau stesen minyak

Wan Marzuki (dua kanan) melakukan pemantauan di sebuah stesen minyak di Tanah Merah.
Wan Marzuki (dua kanan) melakukan pemantauan di sebuah stesen minyak di Tanah Merah.
A
A
A

TANAH MERAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Tanah Merah telah membuat pemantauan berterusan di semua 26 stesen minyak di daerah ini termasuk di Bukit Bunga bagi memastikan bekalan petrol dan diesel mencukupi.

Ketua Cawangannya, Wan Mohd Marzuki Wan Abd Kadir berkata pemantauan itu dilakukan selepas timbul isu mengenai keengganan pengusaha stesen minyak untuk menambah simpanan dalam tangki menjelang hujung bulan ini.

“Perkara ini berlaku selepas kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan semua langkah mengapung semula harga petrol dan diesel secara mingguan.

“Kita dapati kesemua stesen minyak membuat ‘auto order’ iaitu pihak syarikat pembekal minyak mengikut jenama masing-masing dan akan menghantar bekalan minyak secara automatik apabila stesen kekurangan dan memerlukan bekalan minyak,” katanya.

Marzuki ditemui selepas membuat pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Tanah Merah di sini hari ini

Sementara itu menurut Marzuki, pihaknya tidak teragak-agak mengenakan tindakan sekiranya masih ada pengusaha stesen yang menyorok atau enggan menjual bahan api kepada orang awam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!