Mangsa ribut di Sabak Bernam terima bantuan Rabu depan

Ahmad Mustain memuat naik hantaran di Facebook beliau semalam.
Ahmad Mustain memuat naik hantaran di Facebook beliau semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seramai 593 mangsa ribut dan angin kencang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak bakal menerima bantuan daripada kerajaan negeri, Rabu depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman berkata, peruntukan bernilai kira-kira RM1.6 juta itu tidak termasuk bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Akhirnya mangsa ribut akan menerima bantuan seperti yang dijanjikan. Penerima bantuan tertinggi berjumlah RM48,600 dan minimum RM700," katanya yang memuat naik hantaran di Facebooknya petang semalam.

Ahmad Mustain berkata, kejadian terbabit mengakibatkan kediaman mangsa mengalami kerosakan teruk dan peruntukan berkenaan disifatkan mampu meringankan beban pihak terlibat.

"Terlerai bebanan yang ditanggung lebih sebulan ini," katanya.

Sinar Harian 10 Ogos lalu melaporkan hujan lebat dan angin kencang membadai beberapa tempat di Sabak Bernam.

Kejadian jam 1.15 pagi itu mengakibatkan beberapa kediaman penduduk dan premis perniagaan terjejas antaranya di Sungai Air Tawar, Parit Baru, Sungai Lang, Teluk Rhu, Bagan Nakhoda Omar, Tebuk Pulai, Sungai Besar dan Sekinchan.

Kejadian ribut disifatkan luar biasa itu turut mengakibatkan banyak pokok tumbang, bumbung rumah diterbangkan angin, kereta dihempap pokok, selain kerosakan fizikal terhadap kemudahan awam dan menjejaskan lalu lintas.

ARTIKEL BERKAITAN Mangsa ribut di Sabak Bernam akan terima bantuan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!