Masalah air: Melaka tidak darurat, kata Ketua Menteri

Adly ketika ditemui selepas sidang media sidang media mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Adly ketika ditemui selepas sidang media sidang media mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka menafikan darurat akan diisytiharkan esok berikutan masalah air yang melanda negeri itu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, walaupun paras air empangan utama iaitu Empangan Durian Tunggal telah melepasi tahap kritikal namun tidak mencapai tahap darurat kerana kerajaan negeri sedang berusaha memastikan bekalan air dapat disalurkan kepada kira-kira 40,000 penduduk yang terjejas di negeri ini.

Menurutnya, pihaknya turut merangka pelan kontingensi bagi mengatasi masalah terbabit.

"Itu tidak benar (darurat), proses air akan menghadapi tekanan air rendah dan kekurangan air itu berlaku dan kita akan uruskan air ke kawasan terjejas, jadi tidak timbul soal darurat itu," katanya.

Katanya, situasi yang berlaku kini tidak seburuk situasi sekitar tahun 1991.

"Usaha yang dilakukan termasuk proses pengepaman 270 juta liter air dari Sungai Gerisik, Johor, bantuan lori tangki air syarikat konsesi air dari beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Terengganu selain kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Sebenarnya kita ada lagi sumber air di Empangan Jus dengan jumlah 19.8 peratus diikuti Empangan Jus 42.5 peratus dan Asahan 30.7 peratus yang boleh dimanfaatkan. Kesemua tiga empangan itu kita akan pastikan bekalan air cukup dan isytiharkan untuk mengadakan solat hajat dengan mengharapkan hujan," katanya.

Adly berkata demikian ketika diminta mengulas rakaman suara yang tular di aplikasi WhatsApp yang mendakwa kerajaan negeri terpaksa mengisytiharkan darurat pada sidang media mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, rakaman suara lelaki berdurasi 31 saat itu mendakwa Melaka akan diisytiharkan darurat esok.

Ketika ditanya adakah Melaka sedang dilanda krisis air, Adly berkata krisis air tidak berlaku dan bekalan air yang sedia ada masih mampu membekalkan air kepada pengguna dalam tempoh sebulan.

Jelasnya, kerajaan negeri juga akan memantapkan serta mengemaskini penyampaian maklumat berkenaan isu air ini kepada rakyat dengan menggunakan pelbagai medium seperti aplikasi WhatsApps.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!