BN masih belum putuskan calon

Wan Rosdy (tengah) memetik buah Rock Melon sambil diperhatikan Mohd Soffi (dua, kiri, duduk) selepas majlis MoU bersama ladang tersebut, hari ini.
Wan Rosdy (tengah) memetik buah Rock Melon sambil diperhatikan Mohd Soffi (dua, kiri, duduk) selepas majlis MoU bersama ladang tersebut, hari ini.
A
A
A

KUALA LIPIS - BN Pahang masih belum memutuskan calon untuk bertanding di PRK Parlimen Cameron Highlands yang ditetapkan pada 26 Januari depan.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun ia kuota MIC tetapi parti masih belum membuat keputusan muktamad.

“Tidak kisah siapa calon tersebut sama ada calon tempatan atau tidak asalkan ia calon boleh menang.

“Kita masih berbincang sama ada ingin mengekalkan kuota MIC tetapi perlu saya ingatkan itu adalah kuota parti tersebut yang bertanding pada PRU14 dan berjaya mengekalkan kerusi itu,” katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita sempena Hari Bertemu Pelanggan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri dan persefahaman memorandum (MoU) Ladang Kontrak Rock Melon di Kuala Medang di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh bagi kerusi parlimen itu pada PRU14 ekoran berlakunya rasuah.

Dalam PRU terbabit, Sivaraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran daripada DAP yang melibatkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya menetapkan 26 Januari depan sebagai hari pengundian PRK kerusi P078 Parlimen Cameron Highlands manakala 12 Januari sebagai hari penamaan calon.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!