Yayasan MRCB terus bantu golongan kurang berkemampuan

Yayasan MRCB memberi sumbangan RM40,000 bagi membantu membaik pulih prasarana sekolah.
Yayasan MRCB memberi sumbangan RM40,000 bagi membantu membaik pulih prasarana sekolah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yayasan MRCB tampil menyalurkan kemudahan peralatan braille hari ini selepas terharu melihat murid-murid buta Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu terpaksa berkongsi mesin braille di sekolah,

Pemegang Amanah Yayasan, Datuk Shamrat Sen Gupta berkata, bukan itu sahaja, pihaknya turut membantu membaik pulih prasarana sekolah berjumlah RM40,000.

Menurutnya, berbekalkan sumbangan itu pihaknya berharap anak-anak istimewa ini dapat mengulangkaji mata pelajaran di sekolah malah dapat membawa pulang kerja sekolah ke rumah.

“Sumbangan ini akan membantu mereka meningkatkan tahap akademik untuk jangka masa panjang,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan mesin Braille di sini semalam.

Murid OKU penglihatan teruja menerima sumbangan daripada Yayasan MRCB.
Murid OKU penglihatan teruja menerima sumbangan daripada Yayasan MRCB.

Sementara itu, Pemegang Amanah Yayasan, Dr Mohamed Rafick Khan berkata, projek baik pulih prasarana di bangunan lama sekolah ini dibuat bagi memastikan murid istimewa itu dapat menggunakan kemudahan bilik darjah dan koridor dengan lebih selamat tanpa perlu risau.

Setakat ini, katanya, Yayasan MRCB menyumbang lebih RM1 juta untuk membantu pelajar selaras dengan sasaran membantu komuniti yang kurang berkemampuan seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!