42 pelajar cemas, bas terbalik
TANAH MERAH - Seramai 42 pelajar Sekolah Kebangsaan Mentuan Binjai di sini berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka tergelincir dan terbalik di persimpangan lampu isyarat Bechah Laut, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, bas tersebut dipercayai dalam perjalanan menuju ke Langkawi bagaimanapun dikatakan gagal dikawal sehingga tergelincir di persimpangan tersebut.
"Kami menerima maklumat pada jam 10.30 malam dan menghantar anggota ke tempat kejadian. Alhamdulillah semuanya selamat. Tiada yang cedera parah dan sebagainya.
"Semua ahli rombongan berada dalam keadaan baik dan mereka meneruskan perjalanan dengan menggunakan bas gantian yang lain," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!