'Restoran indah khabar dari rupa'

Veerapan menunjukkan najis tikus di atas bekas simpanan peralatan dapur.
Veerapan menunjukkan najis tikus di atas bekas simpanan peralatan dapur.
A
A
A

SEREMBAN - Kelihatan bersih dan cantik dari luaran tapi ia hanyalah indah khabar dari rupa.

Itu gambaran yang dapat dilihat di dua buah restoran di Seremban 2 di sini dalam operasi bersepadu dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan malam tadi.

Operasi itu turut disertai Exco Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan.

Pemeriksaan di premis pertama telah menemui najis tikus di atas bekas simpanan peralatan dapur dan di atas pinggan yang diletakkan di rak.

Manakala di premis kedua pula, peralatan memasak dan pinggan mangkuk dibiar diletakkan di merata-rata tempat dalam keadaan lantai kotor dan dapur berminyak yang mengakibatkan pemiliknya diarah menutup operasi selama 14 hari kerana melanggar Akta Makanan 1983.

Ruang dapur restoran yang diserbu pihak berkuasa.
Ruang dapur restoran yang diserbu pihak berkuasa.

S Veerapan berkata, kebanyakan premis dilihat menyediakan ruang makan memuaskan dan selesa, namun pemiliknya tidak mengambil berat mengenai tahap kebersihan dalam mengendalikan makanan.

"Kebanyakan restoran kita tengok dari luar keadaannya cantik tapi bila masuk di bahagian dapur, baru tahu keadaan sebenar dan sebab itu Jabatan Kesihatan kerap mengadakan pemeriksaan.

Artikel Berkaitan:

"Sepatutnya pemilik jaga kebersihan keseluruhan premis terutama di bahagian dapur dan dalam soal penyediaan makanan," katanya pada sidang media.

No Image Caption

Menurutnya, secara keseluruhan, daripada 25 premis makanan yang diperiksa dalam operasi berkenaan, enam daripadanya diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Beliau berkata, sebanyak 82 notis mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) dengan nilai kompaun RM22,100.

"Sehingga 15 September lalu, sebanyak 5,487 buah premis makanan telah diperiksa dan 68 (1.24%) daripadanya telah diperintahkan tutup.

"Sebanyak 1,384 notis telah dikeluarkan dengan nilai kompaun yang boleh ditawarkan sejumlah RM385,000," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!