Libya lancar serangan udara ke atas tentera PBB
TRIPOLI - Tentera Libya yang berpangkalan di timur telah melancarkan 30 serangan udara dalam tempoh 48 jam lepas yang menyasarkan tentera kerajaan disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ibu kota Tripoli dan kawasan sekitarnya, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sumber tentera pada Khamis.
"Serangan udara itu tepat mengenai sasarannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Mitiga, terutama seksyen tentera serta depot senjata di bahagian barat dan timur Tripoli," kata sumber itu kepada Xinhua.
"Serangan itu telah memusnahkan berpuluh-puluh kenderaan tentera di selatan Tripoli," kata sumber itu tanpa mendedahkan butiran mengenai sebarang kecederaan atau kematian yang dialami.
Tripoli, yang dihuni hampir 1.2 juta orang, telah menyaksikan satu konflik bersenjata antara tentera yang berpangkalan di timur dan kerajaan disokong PBB bagi menguasai bandar itu.
Libya dibelenggu perpecahan politik dan peningkatan keganasan sejak kejatuhan Muammar Gaddafi pada 2011. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!