Warga emas ditemui mati di kebun getah

Mangsa ditemukan di kebun getah miliknya di Kampung Banggol Lepah kelmarin. Foto: Ihsan pembaca FB
Mangsa ditemukan di kebun getah miliknya di Kampung Banggol Lepah kelmarin. Foto: Ihsan pembaca FB
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang warga emas dipercayai meninggal dunia di kebun getah miliknya di Kampung Banggol Lepah, Ketereh, Kota Bharu kelmarin.

Mayat Md Zaki Md Zain, 56, ditemukan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung pada jam 11.30 pagi sebelum dihantar ke ke Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Mangsa turut mengalami penyakit asma (lelah), kencing manis dan darah tinggi," katanya.

Menurutnya, perkara itu turut diakui oleh ahli keluarga yang memberitahu mangsa sering mendapatkan rawatan di klinik.

Katanya, tiada unsur jenayah ditemukan pada tubuh mangsa.

Mohd Azmir berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah sudah diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan di kampung arwah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!