IPU Terengganu kembali baik
KUALA TERENGGANU - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Terengganu kembali baik dengan semua stesen di negeri ini mencatatkan penurunan kepada bacaan sederhana sehingga jam 5 petang tadi.
Berdasarkan aplikasi MyIPU Jabatan Alam Sekitar, Besut yang sebelum ini menunjukkan trend peningkatan, menurun kepada bacaan 98 berbanding bacaan tidak sihat iaitu 112 pada jam 12 tengah hari tadi.
Kuala Terengganu yang merekodkan bacaan 97 pada tengah hari tadi juga menurun kepada 86.
Manakala IPU di Kemaman dan Paka juga semakin baik dengan catatan bacaan sederhana iaitu 80 dan 73.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!