Jenazah mangsa lemas di Bali dibawa pulang
PUTRAJAYA - Jenazah rakyat Malaysia yang mati lemas di Pulau Nusa Penida Bali Indonesia dibawa pulang pagi tadi.
Perkara itu disahkan wakil Wisma Putra kepada media hari ini.
Menurutnya, Kedutaan Malaysia di Jakarta telah memberi kerjasama kepada waris mangsa sepanjang proses penghantaran pulang.
Semalam, agensi berita tempatan melaporkan Shahfulnizam Jamaludin lemas ketika berenang akibat dipukul ombak.
Isterinya ketika itu berada di tepi pantai.
Shahfulnizam,40, dilaporkan berjaya bertahan selama sejam dan cuba berenang ke pantai, namun gagal akibat terus dihempas ombak beberapa kali.
Ketika diselamatkan penduduk tempatan, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan wajahnya bertukar biru.
Dia dirawat di Hospital Pratama Nusa Penida sebelum disahkan meninggal dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia lemas di Bali
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!