'Jangan manipulasi isu perobohan rumah di Paya Jaras'

Antara kediaman yang dirobohkan menerusi operasi yang dilaksanakan di kawasan berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Rabu lalu.
Antara kediaman yang dirobohkan menerusi operasi yang dilaksanakan di kawasan berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Rabu lalu.
A
A
A

TANJONG KARANG - Pembangkang diingatkan tidak memanipulasi isu perobohan rumah penduduk di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh bagi kepentingan politik semata-mata.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, isu perobohan itu sengaja ditimbulkan pembangkang bagi meraih sokongan rakyat.

Malah, beliau mendakwa, terdapat segelintir penduduk dihasut pembangkang hingga mereka tidak mahu memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

"Kita menawarkan mereka rumah transit dan Selangorku sejak tahun 2015 namun mereka tidak mahu berpindah kerana ingin terus kekal di sana kerana mendakwa rumah disediakan jauh dari tempat kerja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Penanaman Pokok Nipah anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam di Jeti Nelayan Kampung Sungai Kajang di sini hari ini.

Loy Sian (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama pensyarah dan penuntut UiTM pada Program Penanaman Pokok Nipah di Jeti Nelayan Kampung Sungai Kajang di sini hari ini.
Loy Sian (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama pensyarah dan penuntut UiTM pada Program Penanaman Pokok Nipah di Jeti Nelayan Kampung Sungai Kajang di sini hari ini.

Loy Sian berkata, kerajaan negeri menasihatkan semua penduduk yang rumahnya dirobohkan berpindah ke rumah transit lebih selesa berbanding tinggal di dalam khemah ketika ini.

Katanya, rumah transit itu hanya terletak kira-kira empat kilometer dari penempatan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Beliau menegaskan, kerajaan negeri bukan sengaja merobohkan rumah penduduk sebaliknya ingin melebarkan Sungai Kedondong bagi menangani masalah banjir di Paya Jaras.

Antara kediaman yang dirobohkan menerusi operasi yang dilaksanakan di kawasan berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Rabu lalu.
Antara kediaman yang dirobohkan menerusi operasi yang dilaksanakan di kawasan berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Rabu lalu.

"Perkara ini tertangguh sejak empat tahun lalu dan setiap tahun kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada kontraktor," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dirobohkan mengikut prosedur, kata ADUN Paya Jaras

Kami bukan pendatang!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!