Perbandingan pembelian tak tepat, kata Najib

Tangkap layar kenyataan Najib di Facebook yang menegaskan perbandingan dibuat netizen berhubung pembelian tanah TRX dan Bandar Malaysia di Sungai Besi dengan pemebelian tanah rakyat di Kampung Baru adalah tidak tepat
Tangkap layar kenyataan Najib di Facebook yang menegaskan perbandingan dibuat netizen berhubung pembelian tanah TRX dan Bandar Malaysia di Sungai Besi dengan pemebelian tanah rakyat di Kampung Baru adalah tidak tepat
A
A
A

SHAH ALAM - Pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia di Sungai Besi oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan isu cubaan pembelian tanah rakyat di Kampung Baru oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak wajar dibuat perbandingan, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menegaskan perbandingan yang dibuat oleh sesetengah pihak berhubung perkara itu dilihat kurang tepat.

Menurutnya, pertama sekali, 1MDB adalah 100 peratus milik kerajaan dan ia beli dari kerajaan.

"Maksudnya, kerajaan beli dari kerajaan.

"Dalam isu Kampung Baru pula, kerajaan membeli dari rakyat....langsung tak sama," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas komen-komen netizen di media sosial yang menyifatkan kedua-dua isu pembelian tanah itu sebagai sama.

Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, selain itu, pembelian tanah TRX dan Bandar Malaysia juga dikenakan pelbagai syarat-syarat yang kosnya tinggi, selain dari harga tanah sahaja.

"Sebagai contoh, 1MDB diperlukan untuk membina dan menaik taraf lapan pangkalan pasukan keselamatan negara termasuk Pangkalan Udara Sendayan yang besarnya hampir dua kali ganda lebih besar berbanding tanah Sungai Besi.

"Selain harga tanah, 1MDB diperlukan untuk membina infrastruktur terowong bawah tanah, jalan dan lain-lain bernilai RM3 bilion untuk tanah TRX yang biasanya adalah tanggungjawab kerajaan," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sekarang kerajaan PH dilihat sedang menjual projek Bandar Malaysia yang nilai pembangunanya RM140 bilion yang digelar oleh perdana menteri ke-7 sebagai projek amat strategik untuk pembangunan negara dan projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion digelar oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai antara aset terhebat negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!