Portal cari jodoh perlu patuh syariat, pesan mufti

Page cari jodoh. Gambar kecil: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Page cari jodoh. Gambar kecil: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A
A
A

SHAH ALAM - Pengendali platform mencari jodoh disarankan supaya menetapkan garis panduan yang sepatutnya seperti menggunakan gambar menutup aurat, menjaga privasi dan batas syariat dalam kalangan individu yang terlibat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad dalam kenyataannya di Twitternya berkata, hukum asal menggunakan laman sesawang mencari jodoh adalah diharuskan.

Menurutnya, namun sekiranya penggunaannya bertujuan untuk kemaksiatan maka hukumnya adalah haram.

“Ia boleh jatuh haram jika memuat naik gambar yang bertabarruj dan menonjolkan perhiasan yang berlebihan sehingga menimbulkan perasaan syahwat dan fitnah kepada mereka yang melihat.

“Oleh itu cara yang terbaik untuk mencari jodoh adalah dengan perbanyakkan berdoa dan berusaha dengan cara yang patuh syarak,” katanya.

Tambah beliau, renunglah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Apabila datang kepada kamu (golongan wali) mereka yang kamu reda akan akhlak dan agamanya maka kahwinkanlah dia (dengan anak-anak perempuan kamu). Sekiranya kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan juga kerosakan yang besar,” (Riwayat Tabrani).

Kenyataan berkenaan hukum menggunakan laman sesawang mencari jodoh itu menerima 254 ulang ciap dan 437 tanda suka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!