Kanak-kanak maut jatuh tingkat 3
Keadaan kanak-kanak enam tahun yang maut setelah terjatuh dari tingkat 3 di Kem Wardieburn, Setapak di ibu negara.
A
A
A
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Noor Azmi Yusoff , berkata, ketika kejadian, mangsa Muhammad Harith Hazim Abdul Malik, sedang bermain di kaki lima tingkat tersebut bersama rakan-rakan lain.
Bagaimanapun menurutnya, mangsa cuba mengambil mainan yang berada di 'awning' tingkap di tingkat 2 dengan memanjat dinding yang tingginya lebih kurang 4 kaki sebelum terjatuh ke tingkat bawah.
"Pengadu yang juga bapa mangsa diberitahu oleh anak perempuan bongsunya tentang kejadian itu. Pengadu telah ke bawah dan dapati anaknya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian kepala serta tidak sedarkan diri.
"Pengadu telah bawa anaknya ke klinik di dalam kem tersebut sebelum pihak klinik menghantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mangsa telah di masukkan ke zon merah sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, mayat mangsa telah di bawa ke Forensik HKL dan hasil pemeriksaan dibuat ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
"Sebab kematian adalah kecederaan di kepala akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!