Yayasan Kosma belanja lebih RM300,000 setahun

Abdul Jabbar
Abdul Jabbar
A
A
A

KUANTAN - Lebih RM300,000 setiap tahun telah dibelanjakan Yayasan Kosma milik Koperasi Serbausaha Makmur Bhd (Kosma) bagi melaksanakan program kebajikan sejak ditubuhkan pada 15 Mei 2012.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata, peruntukan itu diberikan dalam usaha meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini.

Menurutnya, justeru itu, yayasan terbabit telah melaksanakan pelbagai program seperti program neuro-linguistik (NLP), bantuan persekolahan, sumbangan duit raya dan bantuan musim banjir.

"Semua ini dilakukan selaras dengan matlamat penubuhan Yayasan Kosma iaitu sebagai usaha meluaskan khidmat kebajikan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

"Dana yang diperoleh yayasan ini adalah 100 peratus sumbangan Kosma dan kita akan salurkan kepada mereka memerlukan," katanya, hari ini.

Abdul Jabbar memberitahu pada tahun ini, kira-kira RM343,000 dibelanjakan yayasan itu untuk melaksanakan pelbagai program kebajikan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Yayasan Kosma akan menguruskan permohonan bagi membolehkan yayasan tersebut menerima sumbangan dana dari pihak luar untuk melaksanakan program kebajikannya.

"Perkara ini memerlukan sedikit masa dan kita dalam proses melaksanakannya.

Artikel Berkaitan:

“Pada tahun depan, yayasan itu akan terus komited terutama dalam mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!