Selangor tarik lesen jika pekerja asing pandu lori sampah

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian
A
A
A

TANJONG KARANG - Kerajaan Selangor akan menarik semula lesen lori sampah jika syarikat kontraktor pembersihan masih berdegil menggaji pekerja asing memandu lori sampah tanpa lesen yang sah.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains Teknologi dan Inovasi Selangor, Hee Loy Sian berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan berharap kontraktor pembersihan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Menurutnya, kerajaan negeri bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis bagi memastikan hanya warga tempatan yang memiliki lesen sah memandu lori.

“Syarikat kontraktor sepatutnya mengambil warga tempatan yang mempunyai lesen (lori sampah) sah bagi mengelakkan timbulnya masalah ketika pemeriksaan pihak berkuasa.

“Sekiranya kontraktor masih berdegil kita akan menarik semula lesen lori,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan JPJ menahan warga asing yang membawa lori sampah tanpa lesen dalam operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) sekitar Meru dan Kapar pada 17 September lalu.

Loy Sian (kanan) menanam pokok sebagai simbolik pada Program Penanaman Pokok Nipah di Jeti Nelayan Kampung Sungai Kajang semalam.
Loy Sian (kanan) menanam pokok sebagai simbolik pada Program Penanaman Pokok Nipah di Jeti Nelayan Kampung Sungai Kajang semalam.

Terdahulu, Loy Sian hadir pada Majlis Perasmian Penutup Program Penanaman Pokok Nipah anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam di Jeti Nelayan Kampung Sungai Kajang di sini semalam.

Loy Sian berkata, pengambilan warga asing yang tiada lesen sah bukan sahaja menyalahi undang-undang malah membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!