Botol plastik paling banyak dikutip

Penuntut UIAM yang terlibat dalam program itu mengumpulkan kesemua sampah sarap yang dikutip bagi tujuan pengasingan sampah di Pantai Pelindung semalam. - FOTO NORAZWANI YUSOF
Penuntut UIAM yang terlibat dalam program itu mengumpulkan kesemua sampah sarap yang dikutip bagi tujuan pengasingan sampah di Pantai Pelindung semalam. - FOTO NORAZWANI YUSOF
A
A
A

KUANTAN - Botol plastik antara sampah yang paling tinggi jumlah kutipannya pada program pembersihan sampah yang dilakukan semalam.

Persatuan Pencinta Alam Sekitar (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar berkata, sebanyak 2,051 unit botol plastik berjaya dikumpulkan dalam tempoh 120 minit program diadakan.

Menurutnya, cebisan plastik pula direkodkan sebanyak 1,680 unit manakala plastik pembungkusan pula sebanyak 1,206 unit.

"Ini antara sampah sarap yang paling banyak dikutip oleh 50 penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Antara sampah lain yang turut dikutip adalah seperti selipar sebanyak 714, fishing gear (437) dan sebagainya yang dianggarkan jumlah keseluruhan sebanyak dua tan.

"Kerja-kerja pengutipan dan pembersihan sampah ini dilakukan sepanjang lima kilometer di pesisiran pantai," katanya.

Sebahagian yang terlibat dalam program pembersihan pantai di Pantai Pelindung semalam. - FOTO NORAZWANI YUSOF
Sebahagian yang terlibat dalam program pembersihan pantai di Pantai Pelindung semalam. - FOTO NORAZWANI YUSOF

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya program pembersihan pantai bersempena Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa 2019 di Pantai Pelindung di sini semalam.

Program itu merupakan anjuran MNS menerusi kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, UIAM dan Alam Flora serta Green Mahalah Projek UIAM Kuantan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut mengenai program itu, Noor Jehan berkata, ia bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai cara pengasingan dan kesan pembuangan sampah kepada alam sekitar.

"Kita tidak mahu sampah ini dikutip dan dibuang tanpa dianalisis terlebih dahulu. Jadi sebab itu pengasingan mengikut kategori dilakukan bagi mengetahui sampah jenis mana banyak dibuang di kawasan ini.

"Justeru data analisis ini kita akan kumpulkan selama enam bulan sebelum memaklumkannya (data) kepada pihak berkuasa tempatan bagi tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Noor Jehan berkata, kesedaran dan pendidikan juga perlu diberikan kepada masyarakat supaya mereka menjaga alam sekitar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!