ADUN persoal premis makanan MDSB dipenuhi najis burung

Status yang dimuat naik Ahmad Mustain berhubung kebersihan premis makanan MDSB di akaun Facebook beliau hari ini.
Status yang dimuat naik Ahmad Mustain berhubung kebersihan premis makanan MDSB di akaun Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman mempersoalkan tahap kebersihan premis makanan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dipenuhi najis burung.

Ahmad Mustain berkata, perkara itu perlu dipandang serius terutama membabitkan premis makanan yang sering dikunjungi pelanggan.

"Beginikah kebersihan di kawasan gerai makanan milik MDSB?

"Saya bukan hendak mencari kesalahan mana-mana jabatan, tapi kalau tempat orang ramai menjamu selera begini kotornya dengan najis burung apa lagi yang hendak diharapkan?" katanya yang memuat naik hantaran di Facebook beliau hari ini.

Hantaran itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook.

Seorang pengendali Facebook menggunakan akaun nama 'Abd Rani Baharum' berkata, masalah najis burung di kawasan itu terlalu lama.

"(Mohon) Yang Berhormat beri cadangan bagaimana hendak mengatasi masalah ini," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada MDSB berhubung isu berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!