'Ini bukan soal politik' - Uncle Kentang

Chee Heng beramah mesra bersama penduduk di penempatan sementara di Paya Jaras Hilir di sini.
Chee Heng beramah mesra bersama penduduk di penempatan sementara di Paya Jaras Hilir di sini.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Ini bukan soal politik, ini soal perikemanusiaan, itu antara reaksi aktivis masyarakat Kuan Chee Heng ketika menziarahi penempatan sementara penduduk di Kampung Paya Jaras Hilir di sini.

Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, apa yang dilihatnya ini langsung tidak ada kena mengena dengan politik.

"Saya datang ke khemah penempatan sementara ini, saya lihat ramai anak-anak, wanita tak kurang juga warga emas tinggal dalam keadaan tidak selesa.

"Pada saya tak sepatutnya kita katakan ini soal politik, ketepikan segala isu politik, ini adalah soal kemanusiaan," katanya.

Katanya, dirinya turut menyumbangkan beberapa barangan seperti keperluan makanan kepada penduduk yang terlibat.

"Saya yakin kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor cakna akan apa yang berlaku ini.

"Marilah kita bersama membantu mereka, tanpa kira apa jua pegangan politik, kasihanilah mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Chee Heng beramah mesra bersama penduduk di penempatan sementara di Paya Jaras Hilir di sini.
Chee Heng beramah mesra bersama penduduk di penempatan sementara di Paya Jaras Hilir di sini.

Rabu lalu, satu operasi perobohan dilakukan oleh kerajaan Selangor ke atas premis dan kediaman yang dibina berhampiran Sungai Kedondong bagi memberi laluan kepada projek tebatan banjir di kawasan ini.

Penduduk terlibat bersepakat untuk menetap di khemah terbuka yang didirikan sendiri oleh mereka berhampiran kawasan berkenaan sebagai tanda bantahan terhadap tindakan itu yang dianggap tidak mengikut prosedur sewajarnya.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman memaklumkan operasi itu dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan dengan penyerahan notis awal kepada penduduk terlibat.

Katanya, pelaksanaan perobohan itu sebenarnya telah dirancang sejak tahun 2008 lagi dan penduduk terlibat menerima notis pertama sejak tahun 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Kami akan pindah esok tapi..

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!