Cemas cincin tak boleh tanggal

Anggota bomba berusaha menanggalkan cincin yang tersekat di jari wanita terbabit.
- Foto ihsan bomba
Anggota bomba berusaha menanggalkan cincin yang tersekat di jari wanita terbabit. - Foto ihsan bomba
A
A
A

RAUB - Seorang wanita berdepan detik cemas selepas cincin perak yang dipakai gagal ditanggalkan dari jari manisnya.

Situasi itu menyebabkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bergegas ke Hospital Raub selepas menerima panggilan pada jam 4.09 petang tadi.

Ketua Balai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Khairul Anuar Yaacob berkata, pihaknya menggunakan pemotong khas untuk menanggalkan cincin pada jari mangsa yang berasal dari Kampung Pintu Padang, Raub di sini.

Menurutnya, sebaik tiba di hospital tersebut mendapati cincin yang dipakai oleh mangsa belum ditanggalkan.

"Kita menggunakan pemotong khas untuk menanggalkan cincin tersebut.

"Operasi mengambil masa keseluruhan kira-kira 10 minit untuk menanggalkan cincin tersebut dari jari mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!