Doktor diperintah bayar ganti rugi lebih RM200,000

Plaintif (kanan) bersama peguamcara Azliana di luar kamar mahkamah selepas selesai prosiding mahkamah Khamis lalu.
Plaintif (kanan) bersama peguamcara Azliana di luar kamar mahkamah selepas selesai prosiding mahkamah Khamis lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan seorang doktor dan Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn Bhd (KTS) membayar ganti rugi sebanyak RM208,895.66 kepada seorang wanita akibat kecuaian perubatan semasa melakukan pembedahan katarak mata dan merawat tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan plaintif Lim Puay Leng, 59, terhadap Pakar Perunding Ophtalmologi, Dr Azhar Zainuddin (defendan pertama) dan KTS (defendan kedua) melalui peguamcara Wan Azliana Wan Adnan.

Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, plaintif berjaya membuktikan kecuaian defendan pertama semasa menjalankan pembedahan itu sehingga menyebabkan mata kanannya mengalami komplikasi yang teruk, penglihatan terjejas teruk dan tidak boleh terkena sinaran matahari secara terus.

Selain itu akibat kejadian itu plaintif mengalami trauma dan kejutan yang berpanjangan serta plaintif terdedah kepada risiko kehilangan penglihatan mata kanan secara total atau buta.

Pada 17 Januari 2016, plaintif mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di KTS, defendan kedua, bagi merawat katarak pada matanya di bawah seliaan dan kendalian defendan pertama.

Selepas itu pada 18 Januari 2016, atas nasihat defendan pertama, plaintif telah menjalani pembedahan membuang katarak pada mata kanannya.

Setelah pembedahan tersebut, plaintif mengalami rasa tidak selesa pada mata kanannya namun defendan pertama mendakwa bahawa ianya adalah keadaan normal selepas menjalani pembedahan.

Selepas pembedahan itu, mata kanan plaintif mula mengalami komplikasi di mana penglihatan di mata kanannya mulai kabur, penglihatan menjadi berganda 'double vision' dan menjadi sangat sensitif kepada cahaya.

Artikel Berkaitan:

Semakin hari, komplikasi mata kanannya menjadi semakin teruk dan sehingga kini mata kanannya masih belum sembuh.

Plaintif telah beberapa kali merujuk masalah dan komplikasi selepas pembedahan tersebut kepada defendan pertama, defendan kedua termasuk ejen dan pekerjanya melalui beberapa temujanji dan rawatan susulan bermula pada 25 Januari 2016 sehingga 25 April 2016 di hospital defendan kedua, namun hanya dibekalkan ubatan sahaja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!