Caj bank di kaunter, CDM 'mencekik' rakyat: Rais

RAIS YATIM
RAIS YATIM
A
A
A

SHAH ALAM - Wujud dakwaan bahawa beberapa bank cuba mengaut keuntungan besar apabila mengenakan caj pada perkhidmatan di kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit.

Perkembangan itu mendapat reaksi bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyifatkan caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna khususnya golongan B40.

Kenyataan Rais Yatim yang dimuat naik dalam akaun Twitternya.
Kenyataan Rais Yatim yang dimuat naik dalam akaun Twitternya.

"Sedar-sedar Facebook baharu lapor - setiap khidmat kaunter bank kini kena caj RM2? Kalau benar, caj ini jelas mencekik sebab yang guna khidmat kaunter kebanyakan guru, golongan B40, peneroka, nelayan dan peruncit.

"Sehelai cek sudah lama kena caj. Untung bank berbilion ringgit. Mari bantah," katanya menerusi ciapan yang dimuat naik dalam akaun Twitternya pada Sabtu lalu.

Isu caj perkhidmatan di kaunter dan CDM ini tular dalam media sosial baru-baru ini apabila ada pengguna yang menzahirkan rasa tidak puas hati kerana perlu membayar RM2 atau 50 sen bagi setiap transaksi pembayaran bil kad kredit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!