JPN Kelantan minta ikut SOP jerebu
KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menasihatkan agar aktiviti di luar sekolah ditangguhkan berikutan jerebu di negeri itu berada pada bacaan tidak sihat.
Pengarahnya, Fauzi Zahari berkata, pihaknya menyarankan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) agar memaklumkan kepada semua pentadbir sekolah dan tadika di bawah pentadbiran jabatan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) jerebu.
Menurutnya, selain menangguhkan aktiviti luar, semua terlibat juga disarankan memakai topeng muka, banyak meminum air kosong dan juga elak berada lama di luar kelas, sekolah mahupun kediaman.
“Mohon patuhi semua SOP berkaitan jerebu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Setakat jam 5 petang hari ini, bacaan IPU di dua lokasi iaitu Tanah Merah dan Kota Bharu masih menunjukkan bacaan tidak sihat.
ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu Kelantan catat IPU tidak sihat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!