SMUTI muncul SABK terbaik SMU
JELI - Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah (SMUTI) Kuala Kajang muncul Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terbaik Sijil Menengah Ugama (SMU) yang diumumkan hari ini.
Pengetuanya, Ahamad Yusof berkata, SMUTI memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.04 apabila 23 daripada 24 calon yang menduduki peperiksaan berkenaan mendapat Mumtaz (cemerlang).
"Peperiksaan SMU tahun ini yang dinamakan SMU Dini adalah pertama kali diperkenalkan di SABK di negeri ini.
"Alhamdulillah, semua calon SMUTI lulus 100 peratus, dan berjaya dengan cemerlang, 23 calon mendapat Mumtaz, manakala seorang Jayyid Jiddan (amat baik)," katanya selepas menyampaikan keputusan peperiksaan berkenaan di sini, hari ini.
Sementara itu, pelajar cemerlang, Nurismawatie Ya, 17, berkata, kejayaan dikecapi adalah hasil usaha para guru dan doa ibu bapa serta rakan-rakan.
Nurismawatie yang memperoleh 10A berharap kejayaan dikecapi akan menjadi motivasi buat dirinya dan rakan-rakan untuk melakar kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!