Tentera AS kekal di Singapura untuk 15 tahun lagi

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menandatangani untuk negara masing-masing.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menandatangani untuk negara masing-masing.
A
A
A

SINGAPURA- Amerika Syarikat (AS) melanjutkan penggunaan kemudahan ketenteraan di Singapura selama 15 tahun lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pertahanan (Mindef) republik itu berkata, ini berikutan penandatanganan Protokol Pindaan kepada Memorandum Persefahaman 1990 (1990 MOU) Mengenai Penggunaan Kemudahan Pertahanan oleh Amerika Syarikat di Singapura (2019 AMOU).

MOU 2019 memperbaharui MOU 1990 dengan memanjangkannya selama 15 tahun lagi, katanya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani untuk negara masing-masing.

Lee berada di New York dari 21 hingga 28 September untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mindef berkata, MOU 1990, yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Naib Presiden Amerika Syarikat, Dan Quayle, telah menopang kehadiran pasukan keselamatan AS di rantau ini selama hampir 30 tahun.

Perjanjian itu memudahkan akses pasukan AS ke pangkalan udara dan tentera laut Singapura, dan menyediakan sokongan logistik untuk transit kakitangan, kapal terbang dan kapal perang mereka, kata kenyataan itu.

Di bawah skop itu, Mindef berkata, AS telah menggerakkan pesawat pejuang secara bergilir untuk latihan, mengisi minyak dan penyelenggaraan, dan Kapal Tempur Littoral dan pesawat P-8 Poseidon ke Singapura masing-masing sejak 2013 dan 2015.

Artikel Berkaitan:

"Pembaharuan dokumen ini menekankan sokongan untuk kehadiran AS di rantau kita yang masih penting untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau," kata Mindef.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!