Maut depan mata bapa

No Image Caption
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut apabila gagal melintas di Kilometer 49, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, di sini, semalam.

Mangsa, Nor Nasirah Mahadi, beralamat di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Chiku 3.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, mangsa bersama ibunya berada di perhentian bas menghala ke Kuala Krai.

Katanya, dalam kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 tengah hari itu, mangsa tiba-tiba melintas jalan setelah melihat bapanya berada di seberang jalan.

"Kanak-kanak berkenaan dilanggar kereta yang datang dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kaki manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bedah siasat dijalankan di Hospital Gua Musang (HGM) pada jam 6.40 petang dan mangsa disahkan meninggal akibat pendarahan dalaman," katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!