Ibu bunuh bayi 3 bulan didakwa

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja swasta yang disyaki membunuh bayi perempuannya berusia tiga bulan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Bagaimanapun tertuduh Nur Najihah Zulkiflee, 27 dari Kemaman mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Berdasarkan pertuduhan tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian anaknya, Medina Sandra Mohd Saddly di sebuah rumah di Felda Neram 2 Chukai Kemaman jam 11.30 pagi pada 11 September lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan mahkamah menetapkan 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kemaman.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 oleh ibu kandungnya.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian keluaran 11 September lalu melaporkan seorang bayi perempuan berusia 3 bulan maut dipercayai didera dalam kejadian di Felda Neram di sini.

Kejadian itu disedari bapa bayi berkenaan selepas pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya iaitu suspek kira-kira jam 10 pagi.

Bayi malang itu yang kelihatan begitu lemah dihantar bapanya ke Klinik Kesihatan Cheneh kira-kira jam 11.30 pagi.

Bagaimanapun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN Ibu bunuh bayi tiga bulan direman

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!