Tegar hisap dadah: Buruh dijel maksimum lima tahun

Mahadi dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.
Mahadi dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tak pernah serik walaupun sudah beberapa kali ditahan kerana dadah, seorang buruh akhirnya dikenakan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mahadi Ismail, 35, mengaku salah menyalahgunakan dadah jenis methamphetamine dengan memasukkan ke dalam badannya sendiri, yang menjadi kesalahan kali ketiga yang pernah dilakukannya.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu kira-kira jam 6 pagi pada 17 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan tiga kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!