Pekerja kilang melecur terkena tumpahan asid

Anggota Hazmat melakukan kerja-kerja pembersihan asid nitrik yang tumpah di dalam bilik stor sebuah kilang di Bayan Lepas pagi tadi.
Anggota Hazmat melakukan kerja-kerja pembersihan asid nitrik yang tumpah di dalam bilik stor sebuah kilang di Bayan Lepas pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang pekerja kilang melecur pada bahagian tangan selepas terkena tumpahan asid nitrik di sebuah kilang di Bayan Lepas padi tadi.

Dalam kejadian jam 10.40 pagi itu, mangsa, Mohd Alias Ahmad, 57, dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dalam keadaan stabil.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 10.44 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Bayan Baru bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, turut dikejarkan ke tempat kejadian Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bagi membersihkan tumpahan asid di dalam sebuah bilik stor di kilang berkenaan.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati sebuah tong plastik berisi asid nitrik telah bocor dan tumpah hampir 40 peratus.

"Anggota Hazmat telah menutup kebocoran pada tong plastik dan mengalihkannya ke bekas yang lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!