Kedai perabot musnah dalam kebakaran

Keadaan lori yang musnah dalam kebakaran kedai berkenaan hari ini.
Keadaan lori yang musnah dalam kebakaran kedai berkenaan hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Sebuah kedai perabot di Taman Desa Semantan di sini musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang tadi, kedai terbabit musnah sepenuhnya namun tidak membabitkan sebarang nyawa atau kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba, Syed Mohsen T Ismail berkata, sebuah lagi kedai peralatan bersebelahan turut terbakar namun melibatkan kemusnahan 30 peratus.

Menurutnya, dua buah lori turut musnah akibat kebakaran tersebut.

"Seramai 36 anggota termasuk pegawai terlibat dari BBP Temerloh, Bukit Angin, Mentakab dan Maran dengan beberapa buah jentera terlibat dalam operasi pemadaman.

"Buat masa ini kita sedang sedang menjalankan kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan ia merebak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!