Operasi loji di Sungai Keluang bukan tanggungjawab IWK

Buih putih yang dilihat mengalir ke dalam Sungai Keluang.
Buih putih yang dilihat mengalir ke dalam Sungai Keluang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi dan penyelenggaraan di loji rawatan kumbahan di Sungai Keluang Pulau Pinang didakwa menjadi punca pengeluaran sisa kumbahan berbuih putih ke sungai itu bukan tanggungjawab Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

Sebaliknya jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat IWK dalam satu kenyataan berkata, operasi tersebut sepanjang loji berkenaan dinaik taraf adalah di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) sejak tahun 2015.

Menurutnya, kenyataan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkenaan pengeluaran buih putih di Sungai Keluang dilaporkan Sinar Harian hari ini sebenarnya merujuk loji rawatan kumbahan di Bayan Baru, Georgetown dan sedang dinaik taraf JPP melalui kontraktor dilantik, Widad Builders Sdn Bhd (Widad).

"Sesi penerangan telah diadakan untuk pihak berkuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan semua perkara berkaitan aktiviti-aktiviti di loji itu akan ditangani Widad secepat mungkin.

"Mereka juga bertanggungjawab untuk berhubung dengan pihak berkuasa negeri bagi tindakan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan.

Hari ini, Sinar Harian dalam sisipan Laporan Khas melaporkan Sungai Keluang berdekatan Zon Perindustrian Bayan Lepas, Georgetown di Pulau Pinang antara sungai bandar yang 'mati' angkara pencemaran sisa industri dari kawasan kilang dan air kumbahan sejak berbelas tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sungai mati angkara sisa industri

Pemangku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, pada bulan Jun lalu CAP menerima aduan orang ramai yang terkejut dengan buih putih di sungai tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ketua JAS Cawangan Bayan Lepas, Ramli Manap menerusi surat maklum balas berkata, sisa kumbahan berbuih putih mengalir ke Sungai Keluang adalah dari loji kumbahan.

Boon Poh sewaktu dihubungi berkata, dalam mesyuarat 5 Julai lalu, IWK mengesahkan punca buih itu disebabkan beberapa faktor antaranya 'sludge bulking' tidak termendap ke dasar loji.

Menurutnya, perkara itu turut menyebabkan pembentukan filamen bakteria lalu menghasilkan buih putih yang mengalir pada Sungai Keluang.

Kelihatan cecair berbuih mencemari Sungai Keluang di Bayan Lepas pada Jun lalu.
Kelihatan cecair berbuih mencemari Sungai Keluang di Bayan Lepas pada Jun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!