Geta Thunberg lantang kecam pemimpin dunia

Geta Thunberg
Geta Thunberg
A
A
A

NEW YORK - Seorang aktivis remaja Sweden semalam dengan berani mengkritik pemimpin dunia ketika Sidang Kemuncak Tindakan Iklim PBB atas kegagalan mengambil langkah tegas untuk menangani krisis iklim.

Geta Thunberg, 16, juga secara lantang menuduh pemimpin dunia merampas impiannya dan zaman kanak-kanaknya dengan 'janji kosong'.

"Ini sememangnya salah. Saya tidak sepatutnya berada di sekolah. Anda semua bagi kami harapan dan berpura-pura perkara ini boleh diselesaikan dengan beberapa penyelesaian teknikal?

"Orang ramai semakin merana dan menderita. Seluruh ekosistem kini terjejas. Kita sekarang berada pada permulaan kepupusan secara besar-besaran. Anda semua hanya boleh bercakap tentang wang dan kisah dongeng pertumbuhan ekonomi kekal. Berani kamu!" tegasnya sebelum bilik itu dipenuhi para pemimpin dunia.

Sidang kemuncak yang diadakan oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres itu bertujuan untuk menggesa negara mengambil langkah bagi mengehadkan pemanasan global.

"Generasi saya gagal dalam tanggungjawabnya untuk melindungi planet ini," katanya seakan bersetuju dengan kenyataan Thunberg. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!