Kematian terbaru di Kansas akibat vape

Sembilan orang disahkan meninggal akibat vape di AS. - Foto Agensi
Sembilan orang disahkan meninggal akibat vape di AS. - Foto Agensi
A
A
A

KANSAS - Seorang lelaki berusia 50-an dari Kansas orang kesembilan yang mati akibat menggunakan rokok elektronik atau 'vape' di Amerika Syarikat.

Mangsa kedua daripada negeri itu meninggal dunia akibat penyakit paru-paru misteri yang dikaitkan rokok elektronik.

Dia dikatakan mempunyai 'masalah kesihatan asas' namun tiada maklumat lain dikeluarkan mengenai keadaannya.

Perkara itu telah disahkan Gabenor Laura Kelly.

"Hari ini, saya sedih untuk mengumumkan kematian kedua Kansas akibat wabak ini," katanya.

Tambahnya, pasukannya bersama negara-negara dan organisasi lain gigih mengumpulkan fakta-fakta mengenai rokok elektronik dan kesannya.

Sebelum itu, seorang wanita berusia 50 tahun dengan sejarah penggunaan e-rokok juga meninggal di Kansas pada awal bulan ini.

Jumlah orang yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit yang berkaitan dengan 'vulkanisme' telah melonjak kepada 530 pada Khamis lepas.

Artikel Berkaitan:

Namun Kansas bukan satu-satunya negeri mempunyai dua kematian disebabkan ketagihan itu kerana jumlah kematian yang sama juga di California.

Manakala Missouri, Oregon, Minnesota, Illinois dan Indiana semuanya telah mencatatkan satu kematian setakat ini di mana kes pertama adalah di Illinois pada 24 Ogos.

Pusat Kawalan Penyakit (CDC), Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) dan pegawai kesihatan negeri masih menyiasat bagaimana e-rokok boleh menyebabkan kematian dan mengundang penyakit.

Bagaimanapun mereka masih belum mengenal pasti produk atau kimia di sebalik kes-kes itu yang mana saintis Universiti Harvard menamakan ia sebagai 'penyakit baru'. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!