Pasangan homoseksual didenda RM1,000

324253
324253
A
A
A

DUNGUN - Sepasang lelaki homoseksual masing-masing didenda RM1,000 di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam, April lalu.

Mereka yang masing-masing berusia 25 dan 20 tahun turut berdepan hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas mereka mengaku salah melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak itu di dalam sebuah kereta model Proton Wira yang diparkir di tepi Pantai Sura Tengah, di sini jam 10.55 malam, 15 April lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Khasmizan Abdullah di hadapan Hakim Syarie, Mohamad Hamidi Shafie manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang melakukan rondaan mendapati terdapat sebuah kereta mencurigakan diparkir di tepi pantai terbabit.

Pemeriksaan lanjut dilakukan sebelum ternampak dua lelaki sedang berciuman di dalam kenderaan terbabit.

Pemeriksaan lanjut mendapati seorang daripada mereka berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan zip serta seluar terbuka manakala seorang lagi berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu mereka ditangkap dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Dungun untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!