PM doa kejayaan lebih tinggi buat negara pada 2019

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendoakan agar kehadiran tahun baharu akan memberi makna besar dan mendorong seluruh rakyat melakar kejayaan yang lebih tinggi.

Katanya 2018 adalah tahun yang mencabar dengan pelbagai peristiwa pahit dan manis ditempuh.

"Diharap segala resolusi yang dibuat pada awal tahun lalu, berjaya dicapai.

"Saya berdoa agar segala kejayaan dan kegagalan dijadikan pengajaran. Semoga kehadiran tahun baharu ini beri makna besar bagi kita semua dan beri kita dorongan untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi," katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Twitternya.

Dalam video berdurasi seminit itu, Dr Mahathir turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua rakyat Malaysia dan menyampaikan ucapan sama dari isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!