Rohana 'raja ekzos' berbaju kurung

Kepakaran dimiliki Rohana adalah hasil pengalaman selama 25 tahun menjadi pembantu kepada suaminya.
Kepakaran dimiliki Rohana adalah hasil pengalaman selama 25 tahun menjadi pembantu kepada suaminya.
A
A
A

PASIR PUTEH - Mendengar sahaja bunyi deruan ekzos kenderaan, seorang wanita Rohana Mohd Yusoff, 48, sudah mampu membuat kesimpulan bahagian mana yang mengalami kerosakan.

Kepakaran yang dimiliki oleh ibu kepada lima cahaya mata itu adalah hasil pengalaman selama 25 tahun menjadi pembantu kepada suaminya, Mohammad Zakaria, 58, sejak mereka membuka perniagaan ekzos sekitar tahun 1994 di kawasan Sri Aman dekat sini.

Bukan itu sahaja wanita yang gemar memakai baju kurung sepanjang berada di premis miliknya, turut mahir membuka ekzos rosak sekaligus memudahkan tugas suami dan para pekerjanya.

Rohana berkata, bagaimanapun dia tidak mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja kimpalan ekzos yang biasanya dilakukan oleh suami dan para pekerja.

“Ilmu kimpalan sahaja yang suami tidak ajarkan kepada saya mungkin atas faktor keselamatan.

“Namun, saya mempunyai kemahiran lain iaitu menaikkan kereta atau lori ke tempat letak kenderaan khas untuk kerja-kerja kimpalan.

"Ini kerana kebanyakan pelanggan saya walaupun lelaki mereka gayat dan kurang yakin untuk berbuat demikian,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Rohana turut mahir membuka ekzos rosak sekali gus memudahkan tugas para pekerjanya.
Rohana turut mahir membuka ekzos rosak sekali gus memudahkan tugas para pekerjanya.

Menurutnya, meskipun apa yang dilakukan itu dilihat ‘ganas’ oleh para pelanggan tetapi dia tetap tenang melakukan kerja-kerja tersebut.

Katanya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila ada seorang pelanggan tergamam melihat kemampuan ‘luar biasa’ itu.

Rohana yang mesra dengan panggilan Kak Na berkata, ekzos mempunyai peminatnya tersendiri apabila ada dalam kalangan mereka sanggup mengeluarkan belanja sehingga lebih RM100,000 untuk dapatkan bunyi menarik.

"Bagi peminat ekzos mereka menganggap bunyi yang dikeluarkan itu sebagai satu 'hiburan' dan memberikan kepuasan kepada pemilik kereta," katanya.

Rohana 'raja' ekzos berbaju kurung!

Rohana 'raja' ekzos berbaju kurung! Hanya mendengar bunyi deruan ekzos kenderaan Rohana sudah mampu membuat kesimpulan bahagian mana yang mengalami kerosakan. Ikuti lapor Wartawan Sinar Harian Pasir Mas/Rantau Panjang/Pasir Puteh, Hazelen Liana Kamarudin.

Posted by Sinar Harian on Sunday, September 29, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!