Nahas pesawat kargo: Empat mayat ditemukan

Anggota penyelamat membawa mayat mangsa yang ditemukan di lokasi nahas tiba di Lapangan Terbang Mozes Kilangin di Timika, wilayah Papua hari ini. - Foto: AFP
Anggota penyelamat membawa mayat mangsa yang ditemukan di lokasi nahas tiba di Lapangan Terbang Mozes Kilangin di Timika, wilayah Papua hari ini. - Foto: AFP
A
A
A

JAKARTA - Mayat empat mangsa penumpang pesawat kargo yang hilang di dalam hutan di wilayah Papua minggu lalu telah ditemukan, menurut agensi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Pesawat DHC-6 Twin Otter membawa tiga kru, seorang anggota polis dan 1.7 tan beras itu dilaporkan hilang selepas gagal mendarat beberapa jam sejurus ia berlepas dari bandar Timika ke Ilaga sebuah kawasan pergunungan.

"Lokasi sukar untuk diakses kerana rupa bumi yang berbahaya, namun kami bernasib baik kerana dapat menjumpai mayat kesemua mangsa," kata jurucakapnya, Budi Purnomo.

Jun lalu, sebuah pesawat tentera membawa 12 penumpang turut terputus hubungan komunikasi beberapa minit selepas ia berlepas dari bahagian terpencil di Papua.

Sehingga kini, bangkai pesawat itu masih belum dijumpai. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!