Jerebu: Kumpulan pertama penuntut Malaysia di Riau tiba di KLIA2

Kumpulan pertama itu tiba jam 1 petang disambut oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.
Kumpulan pertama itu tiba jam 1 petang disambut oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.
A
A
A

SEPANG - Seramai 47 penuntut Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kassim, Riau, Indonesia yang terjejas akibat bencana jerebu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Kumpulan pertama itu tiba jam 1 petang disambut oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

Maszlee berkata, kesemua penuntut yang dibawa pulang akan berada di tanah air sehingga keadaan pulih.

"Kita akan tunggu pengumuman Indonesia, sekiranya jerebu sudah pulih, kita akan benarkan mereka ke sana," katanya.

Menurutnya, seramai 31 pelajar kumpulan kedua dijangka tiba jam 6.10 petang nanti.

"Sebahagian lagi akan tiba esok pagi," katanya.

Beliau berkata, pelajar yang mempunyai kesukaran berkaitan visa telah dievakuasi ke Dewan Malaysia di Jakarta.

"Mereka juga akan berada di sana sehingga keadaan pulih," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Marzuki merakamkan ucapan terima kasih kepada Indonesia yang membantu proses evakuasi pelajar dari daerah tersebut.

"Terima kasih kerana memberi bantuan terus kepada pelajar Malaysia dan melancarkan proses evakuasi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!