Persepsi media sosial cabaran terbesar Ketua Polis Negara
SHAH ALAM - Cabaran paling besar dihadapi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sepanjang lebih lima bulan menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Negara bukannya berhadapan tekanan politik daripada segelintir pemimpin.
Sebaliknya, Abdul Hamid menegaskan tekanan besar diterima lebih daripada pandangan warganet dalam media sosial terhadap tindakan polis.
"Selain itu, cabaran paling besar dihadapi saya adalah untuk menangani segelintir manusia tidak pernah puas, sombong dan mementingkan hak dia sahaja tanpa memikirkan hak orang lain.
"Tanggungjawab polis sememangnya untuk memuaskan banyak pihak dan pelbagai tuntutan namun saya tidak boleh guna kepentingan peribadi dalam memenuhi tuntutan mana-mana pihak dengan keputusan mesti bersandarkan undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda Sinar Harian dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Dewan Karangkraf di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!