Tangkap mereka sebar artikel fitnah: KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kes di Pulau Pinang yang menyebabkan seorang lelaki mati ditembak polis dan seorang wanita cedera ditetak adalah kes terpencil dan tidak melibatkan kumpulan atau individu.
Mengenai dakwaan terdapat wanita dalam kes penjenayah ditembak mati di Batu Arang, Selangor pula, Abdul Hamid berkata, penularan video mengenai perkara itu adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
"Polis sentiasa memerhatikan perkara ini dengan serius dan akan terus ambil tindakan... jangan terpengaruh dengan perkara ini.
"Jangan buat keputusan sendiri buat komen tambahan... perbuatan berkongsi artikel ini seterusnya buat komen tambahan akan ditangkap... tiada amaran lagi,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!