Protes: Penduduk main bola berhampiran tol

Beberapa remaja mengambil peluang bermain bola selepas akses ke laluan tol ditutup susulan demonstrasi.
Beberapa remaja mengambil peluang bermain bola selepas akses ke laluan tol ditutup susulan demonstrasi.
A
A
A

JAKARTA - Tindakan ribuan pelajar mengadakan protes di ibu negara sehingga menyekat akses ke laluan tol memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk bermain bola di kawasan itu.

Menerusi video yang dikongsi @jktinfo di laman Instagram miliknya, beberapa remaja lelaki dilihat sedang asyik bermain bola meskipun jalan raya di laluan sebelah bergerak seperti biasa.

"Bila lagi dapat bermain bola di tol di dalam bandar?," tulisnya di bahagian kapsyen.

Gol mereka hanyalah selipar namun mereka kelihatan sangat gembira dan seolah-olah tidak terganggu dengan tunjuk perasaan yang sedang berlangsung di negara itu.

Difahamkan, selepas demonstrasi #GejayanMemanggil berjaya menjadikan bandar Yogyakarta seperti lautan yang dipenuhi pelajar, gelombang protes dilihat mula bergerak ke Jakarta.

Ribuan pelajar dari pelbagai bandar berarak ke Dewan Rakyat di Senayan bagi membantah kod jenayah baharu berkaitan undang-undang yang didakwa akan melemahkan agensi anti rasuah di negara itu dan melarang seks luar nikah. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN:

Lebih 80 penuntut sertai protes GejayanMemanggil cedera

Artikel Berkaitan:

[DIKEMASKINI] Ribuan mahasiswa bantah rang undang-undang baharu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!