Jadi PM sepenggal bukan isu

Johari Abdul
Johari Abdul
A
A
A

ALOR SETAR - Tempoh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara selama satu penggal bukanlah satu isu berikutan PH sudah muktamadkan perjanjian sebelum ini.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, perkara itu sudah termaktub dalam perjanjian Majlis Presiden PH yang sebulat suara bersetuju Dr Mahathir menjadi perdana menteri selama dua tahun sebelum jawatan itu diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ketika mesyuarat Majlis Presiden PH, kita putuskan selain menubuhkan PH, kita juga bersetuju Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sebelum diserahkan kepada Anwar, seperti termaktub dalam perjanjian.

"Soal satu penggal atau dua penggal tidak timbul, apa yang dipersetujui ada hitam putih,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah.

Semalam, pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, perwakilan mencadangkan supaya jawatan perdana menteri disandang Dr Mahathir dikekalkan sehingga PRU15.

Namun, Dr Mahathir memberi jaminan tetap berpegang pada janji untuk bersara daripada jawatan itu selepas dua tahun untuk mengotakan janji bersama PH.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!