Budak pandu lebih 300km jumpa kenalan Snapchat

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu berhenti di kawasan parkir sebuah restoran setelah isyarat GPS gagal berfungsi. - Foto New York Post
Kanak-kanak berusia 11 tahun itu berhenti di kawasan parkir sebuah restoran setelah isyarat GPS gagal berfungsi. - Foto New York Post
A
A
A

SOUTH CAROLINA - Seorang budak lelaki berusia 11 tahun memandu hampir 321km untuk bertemu seorang lelaki dewasa yang dikenali menerusi Snapchat.

Budak berkenaan dikatakan memandu kereta milik abangnya dari bandar Simpsonville, South Carolina, Amerika Syarikat selama lebih tiga jam sebelum sampai ke Charleston awal pagi Isnin lalu.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut berhasrat tinggal bersama lelaki yang baru dikenali itu.

Namun, dia gagal meneruskan perjalanan apabila isyarat GPS pada tabletnya tidak berfungsi, menyebabkannya terpaksa berhenti di sebuah kawasan parkir restoran.

Seorang anggota polis yang berada di lokasi kemudian menghubungi keluarga kanak-kanak itu setelah mengetahui apa yang terjadi.

Pihak polis kini dilaporkan menjalankan siasatan terhadap lelaki Snapchat itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!