Gempa bumi sederhana gegar Seram, Indonesia
KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda kawasan Seram, Indonesia pada 8.40 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 36 kilometer (km) timur dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 43km.
Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!