Tanah runtuh timbus puluhan rumah di Sukabumi

Maklumat awal mengenai kejadian itu disebarkan oleh sukarelawan di media sosial.
Maklumat awal mengenai kejadian itu disebarkan oleh sukarelawan di media sosial.
A
A
A

BANDUNG - INDONESIA. Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Cimapag, Desa Sinaresmi, Kecamatan Cisolok, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat, lewat petang tadi (petang Isnin).

Maklumat mengenai kejadian itu disebarkan oleh sukarelawan di media sosial.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 6.30 petang (waktu tempatan).

Menurut saksi di tempat kejadian, sekurang-kurangnya 25 buah rumah penduduk tertimbus di bawah sisa runtuhan.

Saksi lain pula mendakwa sebanyak 45 buah rumah tertimbus dalam kejadian itu.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh Agensi Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) sedang giat dijalankan.

Maklumat awal juga memaklumkan bahawa operasi SAR sukar dijalankan berikutan cuaca hujan dan keadaan gelap.

Belum ada kenyatan rasmi dikeluarkan pihak berwajib dan jumlah mangsa juga masih tidak diketahui. -Tribunnews

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!