IDEAHACK cungkil bakat inovasi

Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia, Ashran Ghazi (enam dari kiri) bersama dengan 14 rakan penganjur IdeaHack (Accenture, Dentsu, Wunderman Thompson, Kumpulan Inovasi Nilai, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Universiti Malaya, UiTM, Universiti HELP, MSU, Ustart Global, Yayasan Beta, Yayasan Usahawan Baru, Persatuan Teknopreneur Malaysia (TeAM) dan E3Hubs).
Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia, Ashran Ghazi (enam dari kiri) bersama dengan 14 rakan penganjur IdeaHack (Accenture, Dentsu, Wunderman Thompson, Kumpulan Inovasi Nilai, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Universiti Malaya, UiTM, Universiti HELP, MSU, Ustart Global, Yayasan Beta, Yayasan Usahawan Baru, Persatuan Teknopreneur Malaysia (TeAM) dan E3Hubs).
A
A
A

SYARIKAT Consumer Intelligence terkemuka Asean, Dattel melancarkan cabaran global 'Consumer Intelligence IDEAHACK', mulai 1 Oktober hingga 31 November ini.

Pertandingan yang julung kali diadakan ini merupakan inisiatif inovasi dan hasil kerjasama dengan 14 rakan penganjur yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Dattel, Ashran Ghazi berkata, matlamat pertandingan ini untuk menyatukan bakat merentasi pelbagai disiplin bagi mencari perspektif baru, idea dan inovasi penyelesaian berasaskan teknologi yang dapat memberikan pemahaman lebih baik mengenai pengguna.

“Kami ingin bekerjasama dengan mereka yang berpotensi yang dapat melihat data dan Consumer Intelligence menerusi sudut berbeza dari seluruh dunia, sama seperti kami di Dattel.

“IDEAHACK adalah peluang untuk mereka yang arif dalam bidang penganalisis data di serata dunia yang mempunyai idea unik dalam merakamkan perjalanan atau tingkah laku pengguna menggunakan teknik, metodologi atau penyelesaian teknologi berinovasi untuk membawa idea mereka lebih jauh,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Cabaran global ini terbuka kepada mereka yang mahir merungkai masalah dan penginovasi berusia 18 tahun ke atas, sama ada secara individu, berkumpulan, 'start up' atau institusi kajian atau pendidikan.

10 penyertaan terbaik yang telah disenarai pendek akan diumumkan pada Disember dan pembentangan akan diadakan pada Januari 2020.

Tiga pemenang yang terpilih dalam cabaran IDEAHACK ini akan menerima hadiah wang tunai, Johan AS$1,500 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima AS$500 dan AS$200.

Artikel Berkaitan:

Pemenang juga berpeluang untuk menyertai Inkubator Dattel selama dua bulan mulai Februari 2020.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!